My Journey

Tuesday, September 30, 2014

Bunaiya ummi makin aktif..sayang nyaaaa....

Assalamua'laikum...Hari ini daku nak cerita hal bunaiya ..my hero and handsome son...sebenarnya sehingga usia dia sudah 7 bulan dan akan masuk 8 bulan beberapa hari lagi, tapi tak pernah berkongsi lagi perkembangan dan tingkah laku nya semenjang lahir sehingga sekarang. Almaklumla daku bukan seperti orang lain yang sentiasa online dan berblog sentiasa..Daku menulis entri dan berblog bila ada masa yang betul-betul terluang ja sebab sentiasa penuh dengan menjaga bunaiya , siapkan tempahan dan habiskan masa dengan keluarga. Kadang-kadang malam bunaiya sudah tidor, daku pulak penat teramat, jadi tidor macam tu jaa...hahahahaha...

Alhamdulillah semenjak amsyar harraz lahir pada 7 Feb 2014, dia tidak pernah memberi masalah yang berlebihan. Teletah sebagai anak kecil tu biasala kan, tapi untuk hal-hal lain memang tak da. Seawal usia dia 2 minggu dah naik kapal terbang,tapi tak pernah sekali pun dia menangis dan membuat hal dalam kapal terbang sehingga sekarang. Awal-awal tu memang daku risau sangat sebab biasala tekanan dalam kapal terbang tinggi sangat takut bayi tak tahan gegendang telinga dia, tapi alhamdulillah ALLAH lindungi bunaiya sebab dia tidur dengan nyenyak sekali..hahahah...


                              Umurnya 5 bulan                            Sambut puasa tahun ini dengan                                                                                                                 hari lahir ku dan adik...               

Dia boleh meniarap seawal usia 5 bulan, dan seawal usia 6 bulan dia sudah pandai, merangkak, menggigit barang, duduk, dan belajar berdiri dan yang paling penting sangattttt suka bercakap dan bersuara tinggi..hahahah. Masa ini daku sudah memberi makanan pepejal kepadanya. Makanan awal untuknya adalah puri epal..memang suka sangat dia makan..sehingga sekarang tetapi badan dia memang takla semontel bayi lain sebab amsyar sangat aktif. makan banyak dan main pun banyak..hahahah...tetapi dia kencing, berak seperti biasa, tak pernah ada masalah kesihatan yang teruk pun lagi setakat demam biasa itupun sebab hendak berubah hormon...hahahaha (pergerakan la sebenarnya, daku bagi senang hendak tulis ja) Ada bayi yang seawal usia 3 bulan sudah pandai meniarap dan melakukan perkara yang lain, semua tu kurniaan ALLAH. 

Sekarang usia amsyar sudah 7 bulan. Dia sememangnya anak yang baik sangat, sudah pandai erti. Pada usia ni, daku dengan walidnya belikan walker untuk dia bermain. sebab bagi kami dia tidak akan membahayakan nya sebab dia dah makin hendak berjalan, dan aktif sangat dan kami tak nak dia selalu jatuh sebab bahaya. Sebelum ni daku dukung juga dia letakkan dalam baby carrier..tapi tak lama sebab dia jemu..kalau bawa dia jalan-jalan dekat luar atau shopping complex, dia suka kalau gunakan carrier dengan nya...Sekurang-kurangnya amsyar boleh main bebas tanpa daku risau akan keselamatan nya sebab bila letak dalam walkernya, dia happy...hahahaha..dapatla nak kemas rumah dan masak..Ada sesetengah taknak belikan anak-anak mereka walker sebab rasakan takut anak tu tak pandai berjalan sendiri dan membahayakan...dan nak anak ikut perkembangan yang betul. Banyak ibu bapa yang salah percaturan dan tak banyak membaca. Walker akan membahayakan kalau kita hanya membiarkan anak itu bermain seorang dalam tempoh masa yang lama tanpa kita melihatnya dan menarik barang itu dan ini. Dan apabila kita nampak dia sudah mahu berdiri dan berjalan, kita boleh masukkan dia ke dalam walker supaya sokongan dia lebih kuat...jangan kita ikut andaian kita sendiri sehingga kita membahayakan nyawanya..lagipun bunaiya nak makan pun dah selesa sebab ada walkernya...belikan yang mahal sedikit agar walker tu boleh diayunkan dan dia tak bergerak...memang membantu dan kita pun dapat bekerja tanpa terlalu risau dengan keselamatanya..



Bunaiya masa ni dah 7 bulan

Inilah walker bunaiya...cantikkan??heheheh...2 in 1...cuba perhati betul-betul rupanya...kalau macam dalam gambar, tayar boleh dipusingkan dan dapat diayunkan tanpa bayi boleh berjalan dengannya...berbaloi dan selamat...ada ibu bapa sewawal usia 3 bulan sudah masukkan anak ke dalam walker dan biarkan bergerak sendiri...itula yang membahayakan. Sekurang-kurangnya bagila bayi sudah pandai merangkak dan boleh berdiri dahulu baru bagus...


Sangat suka gigit telinga bukbu nya...hadiah dari nek ten dia...sampai lunyai telinga ulat bulu ni...




                                              Muka tak da mood lepas bangun tidor...




Ok...setakat ini ja perkongsian pada petang ini..nanti daku sambung di entri yang lain naaa....daaa... ^_^  


Tuesday, September 23, 2014

Bahagian 2 : Pengalaman mengandungkan bunaiya

Assalamua'laikum...syukur ke hadrat ilahi kerana memberi izin untuk daku menulis entri lagi pada malam ini. ok apa kata kita sambung pengalaman daku mengandungkan bunaiya. Daku tulis semua ini bukan untuk mendapat publisiti murahan dan bercerita yang meengaibkan tapi hanya untuk bacaanku pada masa akan datang dan boleh tunjukkan dekat bunaiya bila dia besar nanti..kalau ada yang sudi membaca dan memberi komen dipersilakan...hehehhe...

Daku memang mengalami alahan yang teruk sehingga kandungan mencecah akhir 5 bulan. Lepas tu baru dapat makan sikit-sikit. Daku juga amat bersyukur kerana dikurniakan zauj yang amat penyayang. Walaupun dia amat sibuk dengan kerja nya , perjalanan ke tempat kerja dah amik masa hampir sejam tapi bukan alasan untuk dia lupakan daku yang keseorangan di rumah. an sentiasa berusaha untuk menemani daku sebaiknya. Daku ambil keputusan untuk melahirkan bunaiya di Sarawak ja sebab zaujku susah nak dapat cuti sebab pelajarnya akan mengambil peperiksaan akhir, jadi mereka amat sibuk. Daku nak zaujku berada dekat dengan ku semasa melahirkan bunaiya..

Kalau kesunyian daku akan ke rumah keluarga angkatku sebab sekurang-kurangnya ada orang, sunyi duduk sorang dirumah, nak makan sorang pun takda selera. Alhamdulillah kandungan tidak juga besar walaupun sudah masuk 8 bulan. hahaha..mungkin daku guna baju yang besar memang susah orang hendak perasan kata kandungan sudah sarat. Saat kandungan 9 bulan boleh daku pergi tengok buaya lagi di Jong Crocodile Farm ..hahahaha..seronok sangat masa tu walaupun penat berjalan tapi kaki lansung tak bengkak dan kembang, macam biasa ja kaki dan badan ku..Dr. Mel kata dekat daku yang daku tak pernah nampak macam orang yang mengandung sebab takda langsung masalah kesihatan kecuali alahan pada awal nya. Badan tak naik,kaki tak bengkak atau sakit-sakit, takda darah tinggi atau kencing manis..alhamdulillah syukur sebab ALLAH memudahkan segalanya. Walaupun daku mengalami masalah susah hendak tidur malam. Selalunya selepas subuh baru dapat tidur, dan kadang-kadang zauj temankan ku sampai ke pagi pada hari dia bekerja atau tak bekerja.. Barang-barang untuk dibawa ke hospital semua sudah disediakan sebulan lebih awal lagi. Semuanya daku sediakan sendiri dengan bantuan zauj. Seminggu sebelum due date daku dan zauj pergi berjumpa dengan Dr. Mel dan dia beritahu kalau 31 Jan 2014, kalau baby masih belum keluar terus pergi hospital. Jadi pada hari kejasian memang tiada tanda-tanda banaiya hendak keluar. Jadi daku mengajak zauj terus ke hospital pada tengah hari 31 Jan itu.

31 Jan 2014

YaAllah risau sangat dalam diri ini bukan apa takut apa-apa yang terjadi daku takut tak bersedia. huhu..tapi daku bersyukur sebab zauj sentiasa ada untuk menemaniku. Daku terus pergi ke bahagian Genea untuk proses pemeriksaan. Sambil menunggu giliran daku pergi ke bahagian hadapan dan bertanyakan jururawat yang bertugas sama ada Dr. perempuan ada atau tidak? sebab masa itu hampir raya cina. Alhamdulilah ada jugak Dr. perempuan walaupun Dr. India. Tibala giliran daku untuk di cek. Dr. kata bukaan tak da lagi. Jadi bayi belum nak keluar lagi..huhuhu..tapi masa nak cek bukaan memang azab...lupakan hal tu.. huhuhu..Jadi Dr. bagi daku 9 hari lagi , kalau masa itu bayi masih takda rasa nak keluar mungkin akan ada cara susulan yang lain..YaALLAH masa tu daku hanya berserah padaMu..rasa risau yang teramat.

6 Feb 2014

Balik ja dari hospital zauj dan sahabat-sahabat kami mendirikan solat hajat hari-hari untuk memudahkan urusan kelahiran bunaiya nanti. Alhamdulillah syukur pada tanggal 6 Feb 2014 pada pukul 2 pagi daku terkejut sebab rasa basah sangat di atas katil. Daku ingatkan air apa rupanya air ketuban dah pecah. YaALLAH bunaiya dah nak keluar...daku terus kejutkan zauj disebelah dan beritahu air ketuban dah pecah. (daku tahu itu air ketuban sebab sentiasa membaca..hehe..). Daku beritahu kepada zauj untuk segera ke hospital sebab takut apa-apa yang akan terjadi. Masa kalut tu sempat lagi daku mandi tapi air ketuban tetap juga tak berhenti dari mengalir. Daku terkejut sebab begitu banyak nya air ketuban sebab sehingga di hospital pun memang tak berhenti-henti dari keluar sahingga daku tak boleh bergerak atau berjalan-jalan pun. Semua barang keperluan memang sudah dimasukkan ke dalam kereta awal-awal lagi, dan zauj terus memberitahu FIL ku kalau daku sudah mahu melahirkan dia akan diberitahu, memang risau sangat rupa dia. Setelah samapi dihospital daku terus ke Bahagian Genea dan tunggu giliran untuk pemeriksaan yang selanjutnya walaupun air ketuban mengalir tak berhenti-henti dan tak siapa pun yang perasan sebab daku menggunakan jubah hitam dan berkasut. Setelah diperiksa bukaan baru 2 cm jadi daku terus di daftarkan dan di masukkan ke dalam wad pada pukul 6 pagi.

Disebabkan di hospital umum sarawak tak da bilik untuk kelas 1 dan 2 jadi daku duduk dengan semua yang ada dan zauj tidak dapat menemaniku. Disekelilingku semua orang sudah melahirkan anak cuma menunggu masa untuk dibenarkan balik ke rumah. Takpa sebab bukan ada msalah pun, sebab sebelum ini kami merancang untuk melahirkan bunaiya di hospital swasta, tapi kami memilih untuk ke hospital besar ja sebab semua pakar ada disana kalau berlaku masalah dan daku berdoa supaya ada Dr.perempuan untuk menyambut kelahiran buniaya nanti. Daku tunggu hampir 30 jam untuk bunaiya keluar, tapi awal-awal memang takda rasa sakit sehingga malam menjelang sakit kontraksi makin teruk dan terasa..sakitnya memang azab..ALLAHUAKHBAR. Suami ku memberi semangat melalui mesej suruh daku sentiasa berdoa, zikir dan kalau sakit pegang katil dan pusing kiri dan kanan. Dia sentiasa ada di luar wad dan tidak pernah tinggalkan daku cuma balik untuk mandi dan bersolat sahaja. Dia sahaja yang ada untuk menemaniku sehingga daku hendak melahirkan. Alhamdulillah bila saat daku terasa sakit yang teramat, zauj memberitahu ada sahabat kami yang datang ke hospital pada tengah malam untuk menemani zauj menunggu daku untuk melahirkan. Budinya hanya ALLAH yang membalasnya sebab keluargaku jauh..huhuhu..


7 Feb 2014

Daku terasa sakit sangat sehingga orang di sebelah katil ku membantu untuk memanggil Dr. Mereka kesian melihat keadaanku yang mengerang kesakitan dan hanya menyebut nama ALLAH. Dr. datang dan cek bukaan ku sudah terbuka 4 cm dan bersedia untuk ke LR. Pada pukul 2 pagi masa tu  jadi disebabkan daku teramat sakit apa yang jururawat cakap memang dah tak faham lagi, nak bangun pun dah tak mampu lagi. Daku cuma beritahu semua barang-barangku berikan dengan suamiku yang berada di luar. Daku terus menaip mesej memberitahu yang daku akan dibawa ke LB sekarang sebab bayi akan keluar tidak lama lagi. Zaujku yang baru nak tidur didalam kereta masa tu terus naik ke wad dan mengiringiku ke LR. Daku terus ditempatkan di dalam LR yang ada tv...tapi disebabkan sakit sangat jadi memang tak ambil tahu apa yang ada disekeliling. Daku terus diberi pakaian lain untuk digunakan semasa proses bersalin nanti.

Seketika kemudian daku melihat zauj sudah berada disisiku dan daku membisikkan sakit yang teramat dan tak mampu untuk bertahan lagi..Zauj memberikan tangan nya untuk daku berpaut dan tangan nya habis lebam-lebam sebab cekaman ku yang teramat kuat. kesian zauj..huhu..sesungguhnya kasihmu tidak mampu ku balas..rupa zauj yang teramat mengantuk tetapi dia kuatkan diri untuk menemaniku semasa daku hendak melahirkan bunaiya..daku amat berbangga dengan dirinya sebab dari awal lagi dia memang bersemangat untuk menyambut bayi kami dan tak takut dengan segala apa yang akan berlaku..Disebabkan jam dinding berada betul-betul dihadapan ku, jadi daku dapat melihat setiap saat masa yang berlalu walaupun samar-samar sebab menahan sakit. Pada pukul 4.30 pagi bukaan baru 6 cm. Baru 6 cm tapi sakit dah tak dapat ditanggung lagi, daku masih mampu berdoa dan menyebut ALLAH.. Zauj  memberitahuku untuk keluar seketika untuk mendirikan solat sebab azan subuh sudah berkumandang pada pukul 5.30 pagi dan pada masa itu bukaan sudah 7 cm.


Selepas sahaja zaujku selesai menunaikan solatnya, daku melihat jururawat sibuk menyediakan persiapan untuk bersalin, pada masa itu kawan suamiku yang juga seorang Dr.lelaki sudah bersedia untuk menyambut bayi kami tapi suamiku meminta kepadanya untuk bertanyakan Dr. perempuan yang ada, dia kata dia akan cuba mendapatkan Dr perempuan. Dan pada masa yang sama seorang jururawat perempuan masuk ke dalam LB dan memberitahuku bahawa sekiranya Dr. perempuan tidak ada sebab masa itu ramai pesakit yang perlu di C-zer jadi Dr. amat sibuk masa itu, daku perlula terima Dr. yang ada. Daku yang mendengarnya redha andai itu ketentuan dariNYA. Alhamdulillah di saat bukaan sudah 8 cm seorang Dr perempuan islam datang kepadaku dan mengatakan dia akan menyambut kelahiran bayiku. Syukur kehadratmu ya ALLAH..semua yang ada dalam LB adalah perempuan kecuali zaujku..hehehe...

Pada pukul 6.45 pagi daku berasa teramat sakit dah macam bayiku hendak keluar tapi bukaan masih 8 cm.. tapi apa yang mengejutkan tiba-tiba bukaan ku tutup semula dan kekal kepada 7 cm. Jadi Dr. memintaku untuk cuba meneran sebab sudah nampak rambut bayiku. Daku dengan lafaz bismilllah mencuba untuk meneran (daku ada belajar cara meneran dalam internet), dan pada kali pertama memang gagal, tapi sekurang-kurangnya cara ku meneran dipuji oleh Dr. dan jururawat. Mereka meminta zauj membantuku untuk meneran dan mereka bersama-sama memberi sokongan kepadaku. Bila rasa sakit baru meneran sebab tak kan rasa penat (daku hanya makan kurma dan badam ja selama berada dalam wad sebab takda selera hendak makan), tapi daku tak berasa penat pun walaupun tak makan apa. Dalam hati hanya meminta ALLAH memudahkan segalanya dan bayiku cepat keluar. Selepas beberapa kali meneran daku memang tak tahu apa yang dilakukan oleh Dr dan jururawat walaupun daku sedar dan samar-samar, rupa-rupanya disebabkan bukaan kecik dan rambut bayiku sudah nampak, Dr melakukan episotomi untuk memudahkan daku bersalin.(itupun selepas zaujku ceritakan segalanya kepadaku sebab daku memang tak terasa di gunting pun dan sakit kontraksi teramat sakit dari episotomi) Dan alhamdulillah sememangnya dengan sekali teran selepas itu daku merasakan ada benda yang keluar dan terasa macam air panas keluar sekali, dan rupanya bayiku telah selamat lahir ke dunia ini.

Ya ALLAH alhamdulillah pada pukul 7.30 pagi seorang mujahid kecil telah lahir kedunia ini..syukur ke hadratMu yaALLAH...Bayiku terus ditunjukkan kepadaku dan daku terus menyebut "boy" dengan lemah sekali sebab teramat penat. Bayiku sudah berak selepas dilahirkan, nasib sempat dan tidak membahayakan nyawanya. Selepas dibersihkan, dia terus diazankan dan zauj diminta untuk tunggu diluar sebab proses untuk menjahit akan berlangsung. Dan alhamdulillah masa menjahit pun sekejap saja sebab tiada koyakan hanya epi yang sedikit dan tidak berasa sakit langsung walaupun tanpa bius. Selama tempoh untuk bersalin semuanya diceritakan oleh zaujuku kepadaku sebab daku tidak nampak apa yang berlaku dan dia nampak dengan jelas segalanya. Walaupun orang kata bukaan lambat sebab daku pernah berjahit set tilam untuk anak ku masa mengandung, tapi semuanya ketentuan ALLAH. Setiap orang berbeza pengalaman tapi alhamdulillah daku sakit kontraksi tak lama dan yang paling penting proses bersalin dipermudahkan.

Panjang entri kali ini,...hahahah..inilah pengalaman ku masa melahirkan bunaiya...anak yang handsome, soleh dan baik sangat...



P/S : Maaf gambar sepanjang di hospital, dan seangkatan dengan nya memang tak dak sebab zauj ku bukan jenis suka bergambar apatah lagi mengambil gambar kalau tidak diminta..hahahah..tak pa yang penting saat-saat yang membahagiakan tu ada dalam ingatan kami berdua sehingga akhir hayat..Dan kami bukan jenis orang yang suka menunjuk-nunjuk segala bagai. Lagipun semasa dalam LB zauj ku memang menemani ku sehingga bunaiya dilahirkan..Memang tak sempat hendak bergambar bagai. Kalau orang lain ada ibu bapa yang menemani, kami hanya berdua..kesian daku bila terkenangkan zaujku turun naik, ke hulu kehilir dari rumah ke hospital tanpa rehat langsung. Sesungguhnya pengorbananmu tiada tandinganya zaujku...FIL ada hendak menemani kami, tapi dia pun bukan nya larat lagi. Bagus duduk di rumah dan tunggu khabar berita. Keluargaku jauh..tak pa..kami harungi tanpa perlu susahkan orang lain..sesungguhnya ALLAH sentiasa ada bersama kami....itu paling penting..semoga kami sekeluarga jadi orang yang tahu bersyukur dan beriman kepadaMU..aminnn...



Strawberry Cheese Sponge Cake

Assalamua'laikum..hari ini daku nak berkongsi resepi Cheese Sponge cake versi ada strawberi pulak. Dah lama dalam koleksi tapi masih tak keluarkan..hahahha...Kek ini sebenarnya Japanese Cheese Sponge Cake tapi gara-gara tak da susu segar kat rumah jadi dirumah hanya ada susu strawberi dan daku teringin nak makan jadi apa lagi...hahahhaa...Versi ini pun amat sedap sebab ada rasa strawberi.


Diatas kek daku sapukan dengan jem strawberi dan taburkan dengan hirisan badam yang dipanggang, memang rasa lemak badan dan manis-manis buah jem strawberi dan lembutnya kek.

Daku ikut resepi RunAwayRice. Jadi kalau yang baru belajar baking bolehla ikut cara-cara yang disediakan. Jom kita tengok resepinya.

Oleh : RunAwayRice
Resepi : Strawberry Cheese Sponge cake

Bahan-bahan:

250g Krim Keju (suhu bilik)
1/2 cawan susu segar (daku guna susu perisa strawberi)
5 biji telur  (suhu bilik)
1/4 sk cream of tartar
1/4 cawan gula + 1/4 cawan gula
1/4 cawan mentega (suhu bilik)
1 sb jus lemon 
1/4 cawan all-purpose flour (daku guna tepung gandum)
2 sb tepung jagung


Cara-caranya: 

- Balutkan acuan dengan aluminium foil untuk elakkan air masuk ke dalam kek kalau menggunakan     spring foam
- Asingkan putih dan kuning telur
- Pukul putih telur hingga kental, masukkan cream of tartar dan pukul lagi 
- Masukkan 1/4 gula dan pukul lagi sehingga menjadi "stiff peak" dalam 3 minit
- Dalam bekas yang lain masukkan cream cheese dan susu, pukul hingga sebati dan berkrim
- Masukkan mentega, baki gula dan jus lemon dan putarkan lagi sehingga sebati selama 2 minit
- Akhir sekali masukkan tepung jagung dan tepung serbaguna dan putarkan lagi selama beberapa           minit
- Masukkan telur dan adun lagi selama 1 minit, jangan terlalu lama 
- Telur dimasukkan akhir sebab tak nak terlebih putar adunan
- Untuk mendapatkan adunan yang cantik, tapiskan adunan tersebut dan campurkan telur putih tadi       kedalam adunan ini sedikit demi sedikit sehingga habis dan gaul perlahan dengan spatula
- Masukkan ke dalam bekas 8 x 8 " dan ketuk2 supaya udara dalam kek keluar dan bakar kek secara     "Steam Bake" 
- Bakar selama 1 jam 10 minit pada suhu 170c (ikut oven masing-masing)



Gebu dan cantik tekstur dia...lembut sangat dan sedapppp...

Selamat mencuba ..

Saturday, September 20, 2014

Tempahan Kek Red Velvet

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah..tempahan pertama untuk RVC...dulu pernah daku buat untuk pertama kali tetapi kurang warna baldunya sebab kehabisan pewarna merah. Tapi tetap rasanya sedap dan gebu. ini dia RVC yang pernah daku buat dulu.



Dan ini yang baru dibuat semula atas permintaan mama ku dan tempahan orang..alhamdulillah dapat jugak siap dan mama memang makan dengan berseleranya..dalm 4 biji juga dia makan...hahahah..


Perasan tak ada apa disebalik gambar kek ni??sapa yang nampak dia pandai...hahahahha...

Tekstur kek ini memang padat dan sedap sangat, tak rugi mencubanya. Daku hendak buat moist tapi kebanyakkan resepi perlu letak air nescafe atau kopi. Jadi disebabkan daku sememangnya tak boleh langsung minum jadi daku tak letak. Tapi yang paling penting kek tetap sedap sangat. Simpan berhari-hari dalam peti sejuk pun sedap tapi jangan lama sangat takut cream cheese masam pulak kan..hehehehe...


Ok selamat menjamu selera...


Thursday, September 18, 2014

Salam Jumaat



Assalamua'laikum...Salam Jumaat semua sahabat yang sudi mengunjungi blog ini..alhamdulillah hari ni adalah kali ke -5 jenazah MH17 dibawa pulang ke Malaysia...3 orang semuanya..2 adik beradik dan anak kepada arwah Tambi Jee dari Kuching Sarawak..alhamdulillah...kita doakan anak bongsunya akan ditemui tidak lama lagi..amin...

Penghulu segala hari ini amat bermakna dan barakah sekali..bila tibanya hari Jumaat memang penuh ketenangan..sebagai seorang muslim kita semua tidak sedar yang kita memiliki sikap kibr (sombong)..kenapa sombong??sebab kita sombong untuk bertanya khabar ibu bapa, adik beradik, sahabat handai...kita hanya sibuk dengan dunia kita semata- mata sehingga lupa dan hanyut..


Habis kah harta kita kalau kita hanya chat?mesej?wsapp?we chat? dan segala bentuk perhubungan yang lain..kalau adik-beradik kita tidak sebulu dengan kita sekali pun..belajarla untuk sayang menyangi dan ada sifat mengambil tahu...susah sangat kah??

Sebenarnya kita amat mementingkan diri kita semata-mata. Sapa yang kita suka dan kita sayang dengan nya walaupun dia teruk dan berperangai yang tidak elok serta tidak mendirikan solat sekalipun, orang itulah yang kita amat mengambil tahu hal nya, menyanginya dan apa perkara yang tidak penting dia lakukan pun kita tetap suka...Berbanding dengan adik beradik, ipar duai yang ambil tahu hal kita, tapi kita tidak selesa dengan nya sebab dia menjaga solat, bercakap hal kebenaran dan kebaikan, mengajak untuk dekatkan ukhwah kita memang pura-pura sahaja suka bila dihadapan..tapi hakikatnya hati kita tidak dapat menerimanya..kita tidak dapat menipu diri kita ataupun orang yang ada dengan kita sebab semuanya boleh terpancar..


Sebab apa kita dapat tahu hal tersebut, sebab kalau adik-beradik yang kita tidak suka tu berada jauh dari kita, selama berminggu2, berbulan2, bertahun2 sekalipun kita tidak akan pernah untuk bertanya khabar pun...mungkin sampai ke ajal nya pun kita tidak akan tahu sebab kita tidak pernah ambil tahu pun...


Sebab itu kita sebagai abang, kakak, adik, ibu, ayah, sepupu dan sesiapa sekalipun jangan sombong untuk bertanya khabar adik beradik kita..kerana sesungguhnya benci kita padanya sekalipun dia tetap kandung kita...

Janganla kita terlalu memilih kasih terhadap keluarga sendiri sehingga kita tidak sedar hati yang dilukai sebab satu hari orang yang kita tidak suka itulah yang kita akan minta tolong , mendoakan kita dan yang akan menghulurkan bantuan kepada kita..sebab segalanya adalah ketentuan ALLAH SWT..







Sayangilah keluarga kita selagi mana mereka masih hidup di dunia ini...

Wallahua'lam...








Wednesday, September 10, 2014

Asam Pedas Daging

Assalamua'laikum...semalam tak sempat nak update blog sebab letih sangat..jadi simpan dulu resepi dan baru hari ini nak berkongsi..daku dengan adik-beradik termasuk mama memang teramat suka makan asam pedas..kecuali abah la..dia makan tapi tak la sampai menjilat jari macam kami..hehehehe...segala macam jenis asam pedas mama buat memang best in the world...maaf cakap memang kalah asam pedas tempat lain..sebab semua tempat daku dah rasa termasuk di Melaka..tapi ikut selera dan anak tekak masing-masing la kan..mataku dah mengantuk..maklumla sudah pagi tapi belum tidur...sebelum tu jom kita tengok resepi ni...


Oleh : Mamaku
Resepi : Asam Pedas Daging

Bahan-bahan:

500 gram daging (bahagian muscle @ tetel , sebab ada liat-liat baru sedap)
Segengam cili kering (kalau suka pedas lebihkan lagi) *
2 ulas Bawang merah*
1/2 inci Halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1/2 sk jintan manis*
3 biji buah keras*
3 sb air asam jawa (bergantung dengan citarasa)*
gula dan garam
daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
1 batang serai (dititik)
minyak
2 cawan air (bergantung hendak pekat atau cair)

Ok.. semua bahan sudah sedia..jom kita lihat cara-cara membuatnya pula yee...

Cara-caranya:

- Daging dipotong kecil dan direbus berasingan sehingga lembut

- Panaskan kuali dan masukkan minyak.

- Tumis barang-barang yang dikisar halus yang bertanda * dan serai sehingga pecah minyak

- Selepas itu masukkan daun kesum, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan kedalam kuali     tadi. Gaul sehingga mesra dan masukkan daging bersama air yang direbus tadi bersama-sama

- Selepas itu masukkan gula dan garam secukup rasa

- Tunggu sehingga masakkan sebati dan pekat sedikit (sebab kalau cair tak sedap)

- Sedia dihidang




Maaf kalau gambar masakan ku kurang jelas. Sebab hanya guna kamera handphone ja..Kamera handphone yang sebelum ni masih ada dengan kawan adikku untuk dibaiki...InsyaALLAH kalau ada rezeki dapat beli kamera betul untuk ambil gamabr-gambar masakan supaya dapat dilihat dengan lebih jelas...hehehehe..tapi jangan tak mencuba resepi ni yee...memang tak rugi sebab sedap sangat.... 






Okla..nanti saya masukkan resepi lain lagi naa..selamat malam..daaa... 

Friday, September 5, 2014

Manok Pansoh

Assalamua'laikum...alhamdulillah dapat juga daku meng"update" blog..heheheh...seperti biasa bunaiya tido baru dapat online sat...malam ni daku nak berkongsi satu resepi masakan sarawak..mesti ramai yang sudah mendengar...Manok Pansuh...seperti yang daku tahu manok pansuh ni memang terkenal dalam masyarakat Iban/Dayak pedalaman sarawak..manok ni ayam dan pansoh ni masak dalam buluh tau..hahahah..takut nanti ingat apa benda la manok ni...dia dimasak dalam buluh...dan selalunya akan dimasak kalau ada perayaan seperti Hari Gawai atau menyambut tetamu..hari biasa pun dimasak juga..rasa manok pansuh ni sedap dan lebih kepada rasa sup ayam yang ditambah bahan-bahan yang diperlukan..kalau orang yang nak menjaga badan memang sesuai sekali mencuba sebab hanya rebus ja..mudah sangat..resepi ni di ubah mengikut selera keluargaku...kalau ada sesiapa yang ingin mencuba..bolehla mencubanya..sedap sangat..disebabkan daku tiada buluh..jadi gantikan dengan menggunakan periuk biasa ja..sedap juga..heheheh..daku menggunakan ayam kampung sebab rasanya lebih manis, dan tidak cepat hancur apabila dimasak.


Inilah rupa manok pansoh..resepi yang sihat dan sedap untuk dicuba

Oleh : princessbutterfly11
Resepi : Manok Pansuh

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong kecil)
1 ikat pucuk ubi (kalau nak banyak boleh letak lebih)
5 batang tepus (dipotong memanjang)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 biji cili padi (optional)
1/2 inci halia (dipotong nipis)
1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sk garam
1/2 cawan air

Cara-cara :
- Pucuk ubi diambil pucuknya sahaja, diramas untuk dibuang getahnya.
- Selepas itu ayam digaul dengan garam, bawang putih, bawang merah dan dibiarkan seketika.
- Satukan semua bahan didalam periuk.
- Didihkan sehingga masak. Masukkan garam dan gaulkan bagi mesra.
- Sedia dihidang panas-panas.


Kalau menggunakan buluh;

-Masukkan semuanya kedalam buluh. Masak seperti membakar lemang..

Selamat Mencuba..

Tuesday, September 2, 2014

Selamat Sampai Sudah


Assalamua'laikum...alhamdulillah syukur sebab kami anak beranak selamat sampai ke Penang selepas habiskan cuti semester selama 1 bulan...sekarang kembali kepada kehidupan asal...hahahaha...Daku berkemas malam sebab akan berangkat pagi-pagi esok pukul 4 pagi...penerbangan kami pukul 5.35 pagi...seperti biasa kalau daku akan ke tempat lain walaupun rumah sendiri mesti tak dapat tidur...mungkin sebab takut tak dapat bangun esok harinya...semuanya berjalan lancar..orang memang ramai sebab penerbangan penuh...daku heran juga sebab orang kata MAS memang xda sapa nak naik...tapi mata ku belum buta lagi..sampai ke belakang kapal terbang tu penuh dengan manusia...nasib daku pegang bunaiya jaa..kalau tak nak jugak kepo ambil gambar dan post bukti..hahahaha..sekarang semua benda guna bukti kan..cakap ja tak cukup...


Kami sampai KLIA kul 7 pagi..penerbangan ke Penang pukul 9.15 pagi...jadi masih berbaki beberapa jam...alhamdulillah amsyar memang xda kerenah..bila naik kapal terbang ja mesti dia tidur...dari umur dia 2 minggu dah naik kapal terbang..ummi dia dah tua baru naik kapal terbang...tu pun sebab belajar jauh..kalau dekat entah bila dapat naik..hahahah...




 Aksi amsyar semasa menunggu penerbangan...memang tak diam duduk..tapi bila dah dalam kapal terbang terus mengantuk..hahaha...lucu bunaiya ni...semasa tengah sibuk melayan kerenah bunaiya tiba-tiba ami bagitau yang dia ternampak Dato Mukhriz..bila daku tengok memang dia rupanya...nak tangkap gambar dengan dia malu pulak..maklumla orang ramai..dengan bunaiya lagi nak main...jadi ambil gambar dari jauh dah lerrr...janji ada...heheheh..nampak tak?sapa tak nampak pendek umur...hahahaha..macam cerita nujum pak belalang pulak kan...hehehe




Dato Mukhriz tak sama flight dengan kami...dia ke KK...bersebelahan ja...jadi bila dah dapat masuk ke dalam..kami pun masuk la sebab diluar tak da tempat duduk...penat pulak nak berdiri lama2...seperti biasa bila naik MAS..sapa yang bawa bayi dan kanak2 serta orang tua boleh masuk dulu...ini yang paling daku suka..sebab tu pilih MAS...bila dah ada anak ni memang nak yang terbaik..malas nak berebut2 dengan orang..manusia ni semua penting diri sendiri..nampak kita bawa anak kecil pun nak jugak menyondol..tak pandai bersabar dan ikut prosedur...jadi bila naik dulu ni senang dan tak berebut dengan orang lain..dan yang bestnya selama penerbangan hanya daku ja bawa anak kecil sehinggalah ke Penang pun..hahahaha...yahhh..rejeki...tapi orang tetap ramai gak...jadi tak pa la..janji selamat sampai..yang lucu nya..ada 2 perempuan jepun suka sangat main dengan bunaiya..depa kata "kawaiii..."hahah...tak sangka pulak tempat duduk depa belakang kami...bunaiya boleh main "hide & seek " dengan depa lagi...adeh2...mana bunaiya pegi mesti orang suka dan ingat dia perempuan...hahahah...comel sangat...dah daku pakaikan pakaian perempuan pun masih jugak kata perempuan...ok ja la...dah ALLAH bagi kan...sampai pramigara dan pramugari semua flight pun tegur dia..kalah anak artis...ada sorang tu kata "peningla mak dia nanti sebab ramai perempuan akan berebut dekat bunaiya"..memang gelak besar daku dengar..hahahhaha... alhamdulillah selepas baca doa naik kenderaan hanya menunggu kapal ternbang bersedia untuk berlepas...tapi daku tak sangka banyak kapal terbang tengah berbaris untuk berlepas...hahahah...pertama kali daku nampak lebih 6 biji kapal terbang MAS tengah berbaris untuk berlepas dalam pada masa yang sama...masa ni hp ku sudah dalam beg..jadi tak sempat nak ambil gambar...jadi kami sampai pukul 10.20 pg ke Penang..sepatutnya pukul 10.05 pagi...berbaris untuk terbang punya pasal..hahaha...alhamdulillah selamat semuanya...


Daku minta maaf kepada sesiapa yang kami tak dapat jumpa sebelum balik..sebab sememangnya tak sempat...dengan anak kecik lagi..keadaan cuaca yang hari-hari hujan...kecuali kalau orang yang cari kami lain la..kita hanya manusia biasa tak mampu nak memuaskan hati semua orang...sesiapa yang faham alhamdulillah..

okla..nanti cerita lagi yaa..penat dah...letih masih tak hilang lagi....zzzz...heheheh