Assalamua'laikum...syukur ke hadrat ilahi kerana memberi izin untuk daku menulis entri lagi pada malam ini. ok apa kata kita sambung pengalaman daku mengandungkan bunaiya. Daku tulis semua ini bukan untuk mendapat publisiti murahan dan bercerita yang meengaibkan tapi hanya untuk bacaanku pada masa akan datang dan boleh tunjukkan dekat bunaiya bila dia besar nanti..kalau ada yang sudi membaca dan memberi komen dipersilakan...hehehhe...
Daku memang mengalami alahan yang teruk sehingga kandungan mencecah akhir 5 bulan. Lepas tu baru dapat makan sikit-sikit. Daku juga amat bersyukur kerana dikurniakan zauj yang amat penyayang. Walaupun dia amat sibuk dengan kerja nya , perjalanan ke tempat kerja dah amik masa hampir sejam tapi bukan alasan untuk dia lupakan daku yang keseorangan di rumah. an sentiasa berusaha untuk menemani daku sebaiknya. Daku ambil keputusan untuk melahirkan bunaiya di Sarawak ja sebab zaujku susah nak dapat cuti sebab pelajarnya akan mengambil peperiksaan akhir, jadi mereka amat sibuk. Daku nak zaujku berada dekat dengan ku semasa melahirkan bunaiya..
Kalau kesunyian daku akan ke rumah keluarga angkatku sebab sekurang-kurangnya ada orang, sunyi duduk sorang dirumah, nak makan sorang pun takda selera. Alhamdulillah kandungan tidak juga besar walaupun sudah masuk 8 bulan. hahaha..mungkin daku guna baju yang besar memang susah orang hendak perasan kata kandungan sudah sarat. Saat kandungan 9 bulan boleh daku pergi tengok buaya lagi di Jong Crocodile Farm ..hahahaha..seronok sangat masa tu walaupun penat berjalan tapi kaki lansung tak bengkak dan kembang, macam biasa ja kaki dan badan ku..Dr. Mel kata dekat daku yang daku tak pernah nampak macam orang yang mengandung sebab takda langsung masalah kesihatan kecuali alahan pada awal nya. Badan tak naik,kaki tak bengkak atau sakit-sakit, takda darah tinggi atau kencing manis..alhamdulillah syukur sebab ALLAH memudahkan segalanya. Walaupun daku mengalami masalah susah hendak tidur malam. Selalunya selepas subuh baru dapat tidur, dan kadang-kadang zauj temankan ku sampai ke pagi pada hari dia bekerja atau tak bekerja.. Barang-barang untuk dibawa ke hospital semua sudah disediakan sebulan lebih awal lagi. Semuanya daku sediakan sendiri dengan bantuan zauj. Seminggu sebelum due date daku dan zauj pergi berjumpa dengan Dr. Mel dan dia beritahu kalau 31 Jan 2014, kalau baby masih belum keluar terus pergi hospital. Jadi pada hari kejasian memang tiada tanda-tanda banaiya hendak keluar. Jadi daku mengajak zauj terus ke hospital pada tengah hari 31 Jan itu.
31 Jan 2014
YaAllah risau sangat dalam diri ini bukan apa takut apa-apa yang terjadi daku takut tak bersedia. huhu..tapi daku bersyukur sebab zauj sentiasa ada untuk menemaniku. Daku terus pergi ke bahagian Genea untuk proses pemeriksaan. Sambil menunggu giliran daku pergi ke bahagian hadapan dan bertanyakan jururawat yang bertugas sama ada Dr. perempuan ada atau tidak? sebab masa itu hampir raya cina. Alhamdulilah ada jugak Dr. perempuan walaupun Dr. India. Tibala giliran daku untuk di cek. Dr. kata bukaan tak da lagi. Jadi bayi belum nak keluar lagi..huhuhu..tapi masa nak cek bukaan memang azab...lupakan hal tu.. huhuhu..Jadi Dr. bagi daku 9 hari lagi , kalau masa itu bayi masih takda rasa nak keluar mungkin akan ada cara susulan yang lain..YaALLAH masa tu daku hanya berserah padaMu..rasa risau yang teramat.
6 Feb 2014
Balik ja dari hospital zauj dan sahabat-sahabat kami mendirikan solat hajat hari-hari untuk memudahkan urusan kelahiran bunaiya nanti. Alhamdulillah syukur pada tanggal 6 Feb 2014 pada pukul 2 pagi daku terkejut sebab rasa basah sangat di atas katil. Daku ingatkan air apa rupanya air ketuban dah pecah. YaALLAH bunaiya dah nak keluar...daku terus kejutkan zauj disebelah dan beritahu air ketuban dah pecah. (daku tahu itu air ketuban sebab sentiasa membaca..hehe..). Daku beritahu kepada zauj untuk segera ke hospital sebab takut apa-apa yang akan terjadi. Masa kalut tu sempat lagi daku mandi tapi air ketuban tetap juga tak berhenti dari mengalir. Daku terkejut sebab begitu banyak nya air ketuban sebab sehingga di hospital pun memang tak berhenti-henti dari keluar sahingga daku tak boleh bergerak atau berjalan-jalan pun. Semua barang keperluan memang sudah dimasukkan ke dalam kereta awal-awal lagi, dan zauj terus memberitahu FIL ku kalau daku sudah mahu melahirkan dia akan diberitahu, memang risau sangat rupa dia. Setelah samapi dihospital daku terus ke Bahagian Genea dan tunggu giliran untuk pemeriksaan yang selanjutnya walaupun air ketuban mengalir tak berhenti-henti dan tak siapa pun yang perasan sebab daku menggunakan jubah hitam dan berkasut. Setelah diperiksa bukaan baru 2 cm jadi daku terus di daftarkan dan di masukkan ke dalam wad pada pukul 6 pagi.
Disebabkan di hospital umum sarawak tak da bilik untuk kelas 1 dan 2 jadi daku duduk dengan semua yang ada dan zauj tidak dapat menemaniku. Disekelilingku semua orang sudah melahirkan anak cuma menunggu masa untuk dibenarkan balik ke rumah. Takpa sebab bukan ada msalah pun, sebab sebelum ini kami merancang untuk melahirkan bunaiya di hospital swasta, tapi kami memilih untuk ke hospital besar ja sebab semua pakar ada disana kalau berlaku masalah dan daku berdoa supaya ada Dr.perempuan untuk menyambut kelahiran buniaya nanti. Daku tunggu hampir 30 jam untuk bunaiya keluar, tapi awal-awal memang takda rasa sakit sehingga malam menjelang sakit kontraksi makin teruk dan terasa..sakitnya memang azab..ALLAHUAKHBAR. Suami ku memberi semangat melalui mesej suruh daku sentiasa berdoa, zikir dan kalau sakit pegang katil dan pusing kiri dan kanan. Dia sentiasa ada di luar wad dan tidak pernah tinggalkan daku cuma balik untuk mandi dan bersolat sahaja. Dia sahaja yang ada untuk menemaniku sehingga daku hendak melahirkan. Alhamdulillah bila saat daku terasa sakit yang teramat, zauj memberitahu ada sahabat kami yang datang ke hospital pada tengah malam untuk menemani zauj menunggu daku untuk melahirkan. Budinya hanya ALLAH yang membalasnya sebab keluargaku jauh..huhuhu..
7 Feb 2014
Daku terasa sakit sangat sehingga orang di sebelah katil ku membantu untuk memanggil Dr. Mereka kesian melihat keadaanku yang mengerang kesakitan dan hanya menyebut nama ALLAH. Dr. datang dan cek bukaan ku sudah terbuka 4 cm dan bersedia untuk ke LR. Pada pukul 2 pagi masa tu jadi disebabkan daku teramat sakit apa yang jururawat cakap memang dah tak faham lagi, nak bangun pun dah tak mampu lagi. Daku cuma beritahu semua barang-barangku berikan dengan suamiku yang berada di luar. Daku terus menaip mesej memberitahu yang daku akan dibawa ke LB sekarang sebab bayi akan keluar tidak lama lagi. Zaujku yang baru nak tidur didalam kereta masa tu terus naik ke wad dan mengiringiku ke LR. Daku terus ditempatkan di dalam LR yang ada tv...tapi disebabkan sakit sangat jadi memang tak ambil tahu apa yang ada disekeliling. Daku terus diberi pakaian lain untuk digunakan semasa proses bersalin nanti.
Seketika kemudian daku melihat zauj sudah berada disisiku dan daku membisikkan sakit yang teramat dan tak mampu untuk bertahan lagi..Zauj memberikan tangan nya untuk daku berpaut dan tangan nya habis lebam-lebam sebab cekaman ku yang teramat kuat. kesian zauj..huhu..sesungguhnya kasihmu tidak mampu ku balas..rupa zauj yang teramat mengantuk tetapi dia kuatkan diri untuk menemaniku semasa daku hendak melahirkan bunaiya..daku amat berbangga dengan dirinya sebab dari awal lagi dia memang bersemangat untuk menyambut bayi kami dan tak takut dengan segala apa yang akan berlaku..Disebabkan jam dinding berada betul-betul dihadapan ku, jadi daku dapat melihat setiap saat masa yang berlalu walaupun samar-samar sebab menahan sakit. Pada pukul 4.30 pagi bukaan baru 6 cm. Baru 6 cm tapi sakit dah tak dapat ditanggung lagi, daku masih mampu berdoa dan menyebut ALLAH.. Zauj memberitahuku untuk keluar seketika untuk mendirikan solat sebab azan subuh sudah berkumandang pada pukul 5.30 pagi dan pada masa itu bukaan sudah 7 cm.
Selepas sahaja zaujku selesai menunaikan solatnya, daku melihat jururawat sibuk menyediakan persiapan untuk bersalin, pada masa itu kawan suamiku yang juga seorang Dr.lelaki sudah bersedia untuk menyambut bayi kami tapi suamiku meminta kepadanya untuk bertanyakan Dr. perempuan yang ada, dia kata dia akan cuba mendapatkan Dr perempuan. Dan pada masa yang sama seorang jururawat perempuan masuk ke dalam LB dan memberitahuku bahawa sekiranya Dr. perempuan tidak ada sebab masa itu ramai pesakit yang perlu di C-zer jadi Dr. amat sibuk masa itu, daku perlula terima Dr. yang ada. Daku yang mendengarnya redha andai itu ketentuan dariNYA. Alhamdulillah di saat bukaan sudah 8 cm seorang Dr perempuan islam datang kepadaku dan mengatakan dia akan menyambut kelahiran bayiku. Syukur kehadratmu ya ALLAH..semua yang ada dalam LB adalah perempuan kecuali zaujku..hehehe...
Pada pukul 6.45 pagi daku berasa teramat sakit dah macam bayiku hendak keluar tapi bukaan masih 8 cm.. tapi apa yang mengejutkan tiba-tiba bukaan ku tutup semula dan kekal kepada 7 cm. Jadi Dr. memintaku untuk cuba meneran sebab sudah nampak rambut bayiku. Daku dengan lafaz bismilllah mencuba untuk meneran (daku ada belajar cara meneran dalam internet), dan pada kali pertama memang gagal, tapi sekurang-kurangnya cara ku meneran dipuji oleh Dr. dan jururawat. Mereka meminta zauj membantuku untuk meneran dan mereka bersama-sama memberi sokongan kepadaku. Bila rasa sakit baru meneran sebab tak kan rasa penat (daku hanya makan kurma dan badam ja selama berada dalam wad sebab takda selera hendak makan), tapi daku tak berasa penat pun walaupun tak makan apa. Dalam hati hanya meminta ALLAH memudahkan segalanya dan bayiku cepat keluar. Selepas beberapa kali meneran daku memang tak tahu apa yang dilakukan oleh Dr dan jururawat walaupun daku sedar dan samar-samar, rupa-rupanya disebabkan bukaan kecik dan rambut bayiku sudah nampak, Dr melakukan episotomi untuk memudahkan daku bersalin.(itupun selepas zaujku ceritakan segalanya kepadaku sebab daku memang tak terasa di gunting pun dan sakit kontraksi teramat sakit dari episotomi) Dan alhamdulillah sememangnya dengan sekali teran selepas itu daku merasakan ada benda yang keluar dan terasa macam air panas keluar sekali, dan rupanya bayiku telah selamat lahir ke dunia ini.
Ya ALLAH alhamdulillah pada pukul 7.30 pagi seorang mujahid kecil telah lahir kedunia ini..syukur ke hadratMu yaALLAH...Bayiku terus ditunjukkan kepadaku dan daku terus menyebut "boy" dengan lemah sekali sebab teramat penat. Bayiku sudah berak selepas dilahirkan, nasib sempat dan tidak membahayakan nyawanya. Selepas dibersihkan, dia terus diazankan dan zauj diminta untuk tunggu diluar sebab proses untuk menjahit akan berlangsung. Dan alhamdulillah masa menjahit pun sekejap saja sebab tiada koyakan hanya epi yang sedikit dan tidak berasa sakit langsung walaupun tanpa bius. Selama tempoh untuk bersalin semuanya diceritakan oleh zaujuku kepadaku sebab daku tidak nampak apa yang berlaku dan dia nampak dengan jelas segalanya. Walaupun orang kata bukaan lambat sebab daku pernah berjahit set tilam untuk anak ku masa mengandung, tapi semuanya ketentuan ALLAH. Setiap orang berbeza pengalaman tapi alhamdulillah daku sakit kontraksi tak lama dan yang paling penting proses bersalin dipermudahkan.
Panjang entri kali ini,...hahahah..inilah pengalaman ku masa melahirkan bunaiya...anak yang handsome, soleh dan baik sangat...
P/S : Maaf gambar sepanjang di hospital, dan seangkatan dengan nya memang tak dak sebab zauj ku bukan jenis suka bergambar apatah lagi mengambil gambar kalau tidak diminta..hahahah..tak pa yang penting saat-saat yang membahagiakan tu ada dalam ingatan kami berdua sehingga akhir hayat..Dan kami bukan jenis orang yang suka menunjuk-nunjuk segala bagai. Lagipun semasa dalam LB zauj ku memang menemani ku sehingga bunaiya dilahirkan..Memang tak sempat hendak bergambar bagai. Kalau orang lain ada ibu bapa yang menemani, kami hanya berdua..kesian daku bila terkenangkan zaujku turun naik, ke hulu kehilir dari rumah ke hospital tanpa rehat langsung. Sesungguhnya pengorbananmu tiada tandinganya zaujku...FIL ada hendak menemani kami, tapi dia pun bukan nya larat lagi. Bagus duduk di rumah dan tunggu khabar berita. Keluargaku jauh..tak pa..kami harungi tanpa perlu susahkan orang lain..sesungguhnya ALLAH sentiasa ada bersama kami....itu paling penting..semoga kami sekeluarga jadi orang yang tahu bersyukur dan beriman kepadaMU..aminnn...
No comments:
Post a Comment