My Journey

Friday, September 5, 2014

Manok Pansoh

Assalamua'laikum...alhamdulillah dapat juga daku meng"update" blog..heheheh...seperti biasa bunaiya tido baru dapat online sat...malam ni daku nak berkongsi satu resepi masakan sarawak..mesti ramai yang sudah mendengar...Manok Pansuh...seperti yang daku tahu manok pansuh ni memang terkenal dalam masyarakat Iban/Dayak pedalaman sarawak..manok ni ayam dan pansoh ni masak dalam buluh tau..hahahah..takut nanti ingat apa benda la manok ni...dia dimasak dalam buluh...dan selalunya akan dimasak kalau ada perayaan seperti Hari Gawai atau menyambut tetamu..hari biasa pun dimasak juga..rasa manok pansuh ni sedap dan lebih kepada rasa sup ayam yang ditambah bahan-bahan yang diperlukan..kalau orang yang nak menjaga badan memang sesuai sekali mencuba sebab hanya rebus ja..mudah sangat..resepi ni di ubah mengikut selera keluargaku...kalau ada sesiapa yang ingin mencuba..bolehla mencubanya..sedap sangat..disebabkan daku tiada buluh..jadi gantikan dengan menggunakan periuk biasa ja..sedap juga..heheheh..daku menggunakan ayam kampung sebab rasanya lebih manis, dan tidak cepat hancur apabila dimasak.


Inilah rupa manok pansoh..resepi yang sihat dan sedap untuk dicuba

Oleh : princessbutterfly11
Resepi : Manok Pansuh

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong kecil)
1 ikat pucuk ubi (kalau nak banyak boleh letak lebih)
5 batang tepus (dipotong memanjang)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 biji cili padi (optional)
1/2 inci halia (dipotong nipis)
1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sk garam
1/2 cawan air

Cara-cara :
- Pucuk ubi diambil pucuknya sahaja, diramas untuk dibuang getahnya.
- Selepas itu ayam digaul dengan garam, bawang putih, bawang merah dan dibiarkan seketika.
- Satukan semua bahan didalam periuk.
- Didihkan sehingga masak. Masukkan garam dan gaulkan bagi mesra.
- Sedia dihidang panas-panas.


Kalau menggunakan buluh;

-Masukkan semuanya kedalam buluh. Masak seperti membakar lemang..

Selamat Mencuba..