My Journey

Thursday, April 18, 2013

Perkara Yang Lepas Biarkan ianya Berlalu

Assalamua'laikum...
YaALLAH sememangnya lama saya tak menulis, bukan xda apa nak ditulis cuma kadang2 tu malas dan tak berkesempatan...Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih lagi bernyawa di muka bumi ALLAH SWT ini...

Seperti tajuk di atas, bukannya apa sangat pun, cuma luahan hati dari insan yang lemah ini. Saya redha dan ikhlas dengan apa yang terjadi kepada saya sepanjang hidup di muka bumi ALLAH yang Maha Besar ini. Berkat tunjuk ajar abah dan mama dan yang paling penting ilmu, kasih sayang, pengorbanan dari arwah tok yang amat saya sayangi..setiap detik saya sentiasa ingatkan nya dan xpernah lupa untuk mendoakan kebahagiaannya dia dialam sana... semoga roh tok ditempatkan dalam golongan orang2 yang solehah AMIN..sekali lagi airmata saya menitis bila terkenangkan hal ini...YAALLAH... saya harus kuat...


Alhamdulillah, bila mana saya dah berkeluarga, saya telah memikul tanggungjawab yang baru sepertimana orang lain juga cuma masih belum berezeki untuk mendapat anak lagi...tp xpa sebab semua tu kurniaan ALLAH yang tidak ternilai...mungkin saya perlu bnyak memperbaiki dri dahulu..ada bnyak hikmahnya...kita kena percaya dengan Qada' dan Qadar ALLAH..InsayALLAH saya akn membaiki dri untuk menjadi anak yang solehah kpada kedua abah dan mama serta isteri yang taat pada suami dan kakak yang baik untuk adik2..serta menjadi adik yang baik... ^_^


Kepada orang yang pernah hadir dalam idup ini selama ini, saya tidak pernah berdendam atau marah pada kalian semua. Saya minta maaf selama kita mengenali antara satu sama lain saya bnyak menyingung hati dan perasaan, terkasar bahasa, kerana sesungguhnya saya adalah insan yang lemah. Segala apa yang baik dan kenangan antara kita, saya sematkan didalam hati yang kecil ini untuk ingatan sepanjang hidup ini selagi nyawa dikandung badan..segala jasa dan pertolongan dari kalian saya serahkan pada ALLAH SWT untuk membalasnya kerana saya tidak mampu membalas dengan apa2 pun..selain kasih sayang..dan yang pling penting sekali, walaupun saya dilupakan oleh kalian tpi kalian tidak pernah terpadam dari kotak ingatan ini..apa yang berlaku ada hikmahnya..sesungguhnya persahabatan dan ukhwah yang kita bina bukannya plastik dan saya bukan orang yang suka memutuskan ukhwah kerana ALLAH murka orang yang suka memutuskan persaudaraan tmbahan sesama ISLAM...saya minta maaf kerana tak mampu menjadi orang yang terbaik untuk kalian, saya doakan kalian berjaya dengan bidang yang diceburi dan diberkati dunia dan akhirat..AMIN... :)


Saya percaya pada takdir ALLAH, bilamana DIA menyangi hambanya, akan diturunkan bnyak ujian untuk menguji kejauh mana ketaatan hambanya itu. Lagi bnyak diuji lagi disayangi...kerana saya percaya akan ada kegembiraan yang menanti sama ada  di alam ini atau di alam sana..Jadilah insan yang tahu erti bersyukur.. Jangan tinggal solat 5 waktu kerana solat adalah tiang kehidupan kita dan beramalah selagi kita masih idup serta berbuat baik sesama manusia .. kerana sesungguhnya hati kita akan tenang, idup akan lebih diberkati.. ^_^



Setakat ini saja nukilan saya pada entri kali ini..WALLAHUA'LAM