My Journey

Thursday, October 16, 2014

Pengalaman melahirkan..... Bahagian 3...hehhehe

Assalamua'laikum...daku baru ja teringat sesuatu masa dalam tempoh nak lahirkan amsyar dulu. Yang pertama sekali ramai sangat orang bagitau makan makanan yang dapat bagi stamina kat badan masa nak melahirkan nanti. Antaranya minum pati ayam la, makan nasi banyak-banyak la, jangan sampai tak makan nanti memang tak dapat nak meneran la..Macam-macam yang daku dengar, semua tu sebagai peringatan jugak untuk daku bersiap sedia. Kita bukan orang yang berpengalaman melahirkan anak, ni anak yang sulung, jadi dengar ja nasihat dan apa-apa yang orang katakan.



Sejam selepas dilahirkan siap dimandikan dan diazankan oleh walidnya...comel sangat...bibir merah bak delima sungguh..rambut memang sangat lebat dan panjang...hahahah



Tapi dalam beg daku yang hendak di bawa ke hospital, memang xda makanan banyak pun kecuali kurma beberapa biji dan kacang badam dan gajus yang siap daku panggang dan air masak. Itu saja stok makanan yang daku bawa sebagai bekalan kalau di tahan dalam hospital nanti.Memang xda macam orang lain la berbeg2. Dengan beg anak dah satu beg, beg mak, bakul makanan lagi dah macam nak duduk terus di hospital..tapi sekadar bersedia takut sebarang kemungkinan yang berlaku.

Alhamdulillah semasa daku di tahan di dalam wad sebab dah pecah air ketuban, daku memang xda selera langsung nak makan apa pun. Bukan nya tak nak makan tapi memang tak lalu langsung makan. Zaujku ada belikan roti, tapi daku hanya makan beberapa cubit jaa..sebab belum rasa sakit nak beranak lagi tapi mungkin memang hilang selera makan. Daku sedaya upaya cuba makan takut nanti lemah pulak badan. Apa lagi , buka beg dan ambik kurma dan kekacang ja yang daku makan pun sepanjang dok dalam wad. Dan zaujku tambah air selusuh yang di buat dari air zamzam dan di bacakan doa. Daku hanya minum air tu ja.

Alhamdulillah selama 30 jam pecah nya air ketuban, tapi hanya 7 jam menahan sakit kontraksi bermula pada sebelah petang nya. Setiap saat bibir ni sentiasa berzikir dan berdoa Daku ditolak masuk ke Labour Room pada pukul 2 pagi. Masa tu sakit nya setiap 1 minit...sakit teramat..daku hanya mampu menyebut nama Allah..tak dapat gambarkan sakit hendak melahirkan anak ni...memang semuanya kuasa ALLAH...dan daku masih lagi minum air selusuh tapi yang paling menyedihkan apabila tiba-tiba seorang Dr. india perempuan memarahi daku kerana katanya denyutan jantung amsyar tak berapa stabil. Dia ada bertanyakan kepadaku "puan ada minum air selusuh kah?" masa tu daku dalam sedar atau tak sebab tengah tahan sakit yang teramat..daku jawab "ya".. dia terus marah-marah sebab kenapa daku minum air tu dan terus bercerita dengan kawan-kawan dia di luar..jelas daku dengan apa yang dia cakapkan walaupun dalam english dan daku tengan menahan sakit. Memang marah dan geram sangat dengan mulut dia...salah ka daku minum air tu??sedangkan air tu bukan air dari tangkal mana pun tapi hanya air zamzam dan ayat-ayat suci al-quran...cuba dia pi kaji air ni sedalam-dalam nya sebelum memarahi pesakit membuta tuli...

Tapi daku faham sangat orang yang belajar ni memang ilmu hidup cetek sangat..daku lebih fokuskan kepada anak yang akan daku lahirkan tidak berapa lama lagi..apa pun Dr tu tak menyambut kelahiran anak ku..syukur alhamdulillahh...kalau tak mesti amsyar xnak keluar dan stress jugak sebab orang yang nak sambut dia bermulut jahat...kat sini bukan nak resist..tapi kalau orang india yang nak beranak dah la bising sehospital, dah tu bermacam-macam jampi depa baca..boleh pulak...tang kita marah-marah macam kita nak bunuh anak sendiri..gila betul..memang tak layak jadi Dr..

Ok..malas nak cakap hal Dr gila ni...saat untuk daku lahirkan amsyar pun tiba..yang paling menakjubkan sepanjang daku hendak melahirkan amsyar dan dalam proses meneran hanya mengambil masa tak sampai sejam pun..dalam 40-45 minit ja..tapi tenaga yang daku ada memang luar biasa..bukan nak cakap bohong, tapi itulah kurniaan dari ALLAH swt..dengan daku tak makan apa-apa semenjak ditahan didalam wad tapi hanya makan makanan sunnah ja (kurma dan kekacang) yang hanya beberapa biji dan daku mampu bertahan selama 30 jam, daku mampu lahirkan amsyar dengan normal dan keizinan dariNYA...syukur alhamdulillah yaALLAH..kau berikan ku kekuatan..segala kesakitan hilang macam tu ja selepas amsyar keluar melihat bumi..

Sesungguhnya apa yang daku nak kongsikan disini, walaupun daku tak makan seperti orasng lain yang berselera makan walaupun dah nak melahirkan anak, makan kfc, mc donald, nasi, ayam macam -macam la yang dimakan, tapi kalau daku sudah buktikan yang makan makanan sunnah lebih memberi tenaga dari yang lain..akan daku amalkan samapi bila-bila..

Yang sebenarnya daku memang suka makan kekacang dari kecik lagi dan kurma, dan awal-awal daku mengandung sememangnya daku memang tak boleh langsung terima makanan yang lain. Apa yang mampu daku makan hanyala kurma dan kekacang. dan itula makanan yang daku makan sepanjang mengandungkan amsyar dan juga saat-saat hendak melahirkan dia..setiap apa yang menjadi sunnah itu wajib kita amalkan sebab ada 1001 penawar dan pahala yang akan kita dapat..




Hari ke-3..banyak gambar bunaiya masa lahir hilang gara-gara fon daku rosak..sedih gak tapi daku redha jaa..ada hikmah di sebaliknya..ini ja gambar dia yang ada...huhuhu...mata dia memang besar..anugerah dari ALLAH..sebenarnya daku memang suka sangat tengok detective conan..dari dulu sampai mengandung pun terlekat..mungkin itula sebabnya ALLAH izinkan mata bunaiya bulat dan besar..hahahaha..syukur dengan segala pemberian dariNYA...amin....



Semoga ALLAH memberkati segalanya...aminnnn...










Roti Lebah Butterscotch Dan Roti Floss Ayam

Assalamua'laikum...

Memang lama dah daku nak update hal berkenaan roti ni tapi lupa jaa..adeh-adeh macam tua sangat la pulak kan....hehehehe...Ramai kenalan, sahabat handai, saudara mara yang bertanyakan hal roti ni..Jual nya dah banyak tapi nak tunjukkan dalam blog belum lagi..Ok..hari ni daku akan tunjukkan gambar roti2 ni serba sedikit yaaa...

Memang roti-roti ini antara roti yang menjadi kegemaran sekarang..mungkin adanya kelainan tersendiri dalam roti ni..rasa roti lebah butterscotch memang lembut, harum dan sedap sangat. Dan yang paling penting tanpa bahan pengawet. hehehhe...

Sapa yang nak tempah boleh ja bagitau atau tinggalkan mesej..Buat masa sekarang daku berjual di Penang sebab tinggal sementara di sini..InsyaALLAH selepas ni akan sambung berniaga balik di Kuching..doakan daku ya..aminnnn...Harga roti amat berpatutan..untuk roti floss ayam..floss tu saya dapatkan dari seorang kakak yang berjual floss ini di Kedah..seorang muslim..jadi jangan rasa ragu-ragu untuk mencuba kelainan roti floss ini..

Jom kita tengok serba sedikit roti-roti ini,,,



Roti Lebah Butterscotch



Roti Floss Ayam


Ok..nanti jumpa di entri yang lain naa...boleh tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan..terima kasih..