My Journey

Sunday, October 19, 2014

Ayam Panggang Gula Apong dan Mix Herb...

Assalamua'laikum..daku doakan semua kenalan dan pembaca blog sihat. Jangan la hanya intai-intai blog saya ni, jomla follow saya untuk menambahkan kenalan dunia maya...bolehla berkenal-kenalan..hhehehe...Ok hari ini daku hendak berkongsi satu lagi resepi ayam. Disebabkan zaujku amat sukakan ayam yang dibakar, jadi daku telah memcipta satu resepi baru iaitu ayam panggang gula apong..hehehe..mesti ramai yang tertanya-tanya apa la bendanya gula apong ni kan??dia sebenarnya berasal dari sarawak, nanti di entri lain daku letakkan gula ini naa..seperti juga gula merah, gula melaka, tapi gula ini memberikan satu rasa yang lain dan rasanya lemak dan lebih kepada tekstur cecair yang likat dan pekat manakala gula melaka bertekstur pepejal. Asal usul gula apong adalah daripada pokok nipah. Di Kuching, hampir semua kedai runcit ada menjual gula apong atau disebut jugak dengan nama pendeknya GULAPONGKita juga boleh jadikan sebagai air gula hanya masakkan seperti masa gula-gula yang lain dan tambahkan sedikit air dan juga daun pandan...walla..wanginya memang menabjukkan...






Ok jom daku kongsikan resepi ayam ni naa..Nanti boleh mencubanya..

Resepi: Ayam Panggang Gula Apong dan Mix Herb
Sumber : princessbutterfly11

Bahan-bahan:

8 ketul Ayam (daku gunakan bahagian 'tight')
1 sb Serbuk Cili
2 sb Gula Apong
1/2 sk Garam
1 sb Serbuk Kari
1 sb Mix Herb
1 sb Serbuk lada hitam
1/2 sk Bawang Putih }dimesin
1/2 sk Bawang Merah }
1/2 sk Pasti sedap
1 sb Kicap Pekat
1 sb Kicap Lemak Manis




Cara-cara:
- Perapkan semua ayam dengan semua bahan-bahan perapan. Gaul sehingga sebati
- Untuk mendapatkan rasa yang lebih sebati, perapkan ayam semalaman
- Atau selama 3- 4 jam di dalam peti sejuk
- Keluarkan ayam dan susunkan di atas dulang pembakar
- Renjiskan dengan sedikit minyak zaitun, untuk letak mentega boleh tapi mentega cepat bagi ayam
  hangus, cuma mentega lebih wangi.
- Bakar ayam selama 30 minit sehingga masak pada suhu 170c
- Ataupun boleh dibakar menggunakan periuk magik ka, apa-apa la yang ada di rumah anda.
- Ayam siap dihidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja. Tapi untuk setiap ayam bakar atau  
  panggang, daku mesti sediakan sosnya baru rasa lebih umphhh...hehhehe
- Caranya : Ambil bawang besar dan dipotong dadu. Tumiskan dengan sedikit minyak zaitun dan
   masukkan sos perapan ayam yang lebih tadi. Masak sehingga pekat. Sos lebihan bakar ayam tadi
   pun jangan di buang, masukkan sekali ke dalam adunan sos ini dan masakkan sehingga sebati dan
   pekat.
- Sedia dihidangkan.









Lasagna Daging Berkrim

Assalamua'laikum..Hari ni daku akan kongsikan satu lagi resepi yang boleh dimakan bila-bila masa iaitu Lasagna Daging Berkim...Daku buatkan untuk minum petang baru-baru ni..pertama kali cuba untuk membuatnya dan hasilnya alhamdulillah menjadi dengan baik...dan yang paling penting keluarga ku suka sangat..hahahaha..






Jom tengok resepinya
Resepi: Lasagna Daging Berkrim
Sumber : San Remo 
Bahan-bahan:
250 gm San Remo Instant Lasagna
2 sb Minyak 
1 biji Bawang besar - dipotong dadu
1 batang Lobak Merah - dipotong dadu
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
500 gm Daging cincang
5 sb Pes tomato
2 tin Tomato dalam tin (daku guna yang biasa ja)
2 cwn Stok Ayam/ Daging
Garam , gula dan Lada Hitam secukup rasa
2 sb Mentega
2 sb tepung gandum
2 cwn Susu
125 gm Keju Mozarella @ Cheddar


Cara membuatnya:

Sos Daging :
- Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, lobak merah dan bawang putih, masak sehingga   
  keluar bau dan lembut.
- Masukkan daging cincang dan masak sehingga keperangan.
- Masukkan Pes tomato, tomato dalam tin ,dan stok ayam.
- Perasakan dengan  garam, gula dan lada hitam 
- Masak selama 20 minit dan sejukkan
Cheese Sos :
- Panaskan mentega di kuali yang berasingan, dan masukkan tepung dan masak selama 2 minit.
- Tutupkan api seketika dan masukkan susu dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan semula kuali dan masakkan semula sehingga pekat dan sebati.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam
- Masukkan keju dan perlahan api sehingga keju cair. 
Untuk melapis lasagna :
- Panaskan oven pada suhu 180 c. 
- Mulakan dengan lapisan paling bawah sekali iaitu lasagna yang telah siap direbus macam rebus 
  spagetti. 
- Lapisan kedua diletakkan sos daging
- Lapisan ketiga diletakkan sos keju
- Lapiskan semula dengan lasagna.
- Lapiskan sehingga habis dan sekurang-kurangnya 4 lapis.
- Akhir sekali taburkan keju dan bakar dalam oven selama 30-40 minit sehingga masak
- Selepas masak, biarkan sejuk sebelum dihidangkan
Siap dan bolehla mencuba...memang sedap sangat.. gambar selepas masak yang bertingkat-tingkat tu tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan. hehehe..tapi enak dimakan selepas disejukkan seketika sebab nanti baru dapat tekstur yang bertingkat-tingkat tu...hehehe