Assalamua'laikum .....YaAllah!!!! Bersarang betul blog ni....hehehe...lama teramat tidak berceloteh...memang hampir setahun juga tidak bersiaran...hehehe...
Sebenarnya memang macam2 hal yang terjadi sepanjang tempoh ni. Bukan apa banyak sangat hal yang nak di uruskan..hahaha...bila ada masa yang terluang, masa tu pulak nak berehat dan mengurus hal lain..bila kita beranak kecik ni memang banyak tanggungjawab...layan si kecil comel ni memang sehari pun tidak cukup..
Anak bujang daku pun dah nak masuk 2 tahun ...hahaha...nanti entri lain daku cerita hal dia yaaa..
Ok..untuk hari ni hanya nak bersihkan sarang2 di blog ni jaa...hehe..selamat kembali cik butterfly....😁😁😁😁😁😁
Saturday, January 2, 2016
Saturday, November 15, 2014
Kek Coklat VanHouten dan Tempahan Cream Puff
Assalamua'laikum...hari ni daku kongsikan Kek Coklat VanHouten...Sebenarnya Makcik An hanya nak kek coklat lembap ja, tapi daku nak bagi hadiah dekat adik juga, jadi daku reka kek ini untuknya...heheheh...Tempahan ini dari jiranku Makcik An untuk anak perempuan dia yang berumur 12 tahun yang kami panggil adik...Adik suka makan kek tambah-tambah kek coklat. Tapi untuk kek hari jadi adik nak kek keju tapi makcik An tak dapat nak tunaikan sebab Pakcik Lan suaminya tak makan keju...hehhee..
Tapi alhamdulillah...mereka sekeluarga memang seronok sangat sebab kek memang sangat sedap disamping hiasan kek yang memang adik suka sangat..hehehhe..terima kasih banyak cik..
Resepi ini daku ambil dari Joy Of Baking...Tapi telah diubahsuai mengikut citarasaku..Jadi boleh cuba ikut selera masing-masing naa..Sememangnya banyak sangat resepi kek coklat di luar sana..jadi kita boleh membuatnya mengikut kehendak dan citarasa tekak kita...
Saiz :7x7
Bahan-bahan:

400 gm Gula Kaster*
245 gm Tepung Kek*
75 gm Serbuk Koko VanHouten*
11/2 sk Baking Powder*
11/2 sk Soda Bikarbonat*
1/2 sk Garam
2 Biji Telur saiz A
1 cawan Susu Segar
1 cawan Air Kopi @ Air Panas
120 ml Miyak Jagung
11/2 sk Esen Vanila
Cara-caranya:
Kek ini rasanya sangat sedap dan moist, ditambah penggunaan coklat yang berkualiti ..Cubalah..
Di lain cari saya kongsikan resepi Cream Puff pulak naa...hehehe
Tapi alhamdulillah...mereka sekeluarga memang seronok sangat sebab kek memang sangat sedap disamping hiasan kek yang memang adik suka sangat..hehehhe..terima kasih banyak cik..
Resepi ini daku ambil dari Joy Of Baking...Tapi telah diubahsuai mengikut citarasaku..Jadi boleh cuba ikut selera masing-masing naa..Sememangnya banyak sangat resepi kek coklat di luar sana..jadi kita boleh membuatnya mengikut kehendak dan citarasa tekak kita...
Resepi : VanHouten Moist Chocolate Cake
Sumber : Joy Of Baking
Saiz :7x7
Bahan-bahan:

400 gm Gula Kaster*
245 gm Tepung Kek*
75 gm Serbuk Koko VanHouten*
11/2 sk Baking Powder*
11/2 sk Soda Bikarbonat*
1/2 sk Garam
2 Biji Telur saiz A
1 cawan Susu Segar
1 cawan Air Kopi @ Air Panas
120 ml Miyak Jagung
11/2 sk Esen Vanila
Cara-caranya:
- Satukan semua barang kering * dalam satu bekas yang berasingan dan gaul sebati
- Selepas itu dalam bekas yang lain adunkan barang basah sehingga bergaul mesra.
- Tidak perlu menggunakan mesin pengadun, hanya gunakan whisk sahaja.
- Selepas itu campurkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaulkan adunan sehingga tidak berketul.
- Alaskan dulang pembakar dan masukkan adunan ke dalam bekas pembakar dan bakar pada suhu 170c selama 45 atau sehingga masak.
Coklat Ganache (daku menggunakan resepi dari Kak Ita seperti biasa)
Kek ini rasanya sangat sedap dan moist, ditambah penggunaan coklat yang berkualiti ..Cubalah..
Di lain cari saya kongsikan resepi Cream Puff pulak naa...hehehe
Ini pula tempahan Cream Puff inti Krim Kastard..Lembut dan sedap gabunagan keduanya..
Thursday, October 30, 2014
Kek Coklat Fugde
Assalamua'laikum...daku kongsikan Kek Coklat Fugde yang dah beberapa kali daku buatkan sebab zaujkan amat suka kek span yang berkrim...hahahha...Tapi baru ja nak kongsi di sini..Resepi dia agak panjang..daku konsikan gambar dulu..nanti bila rajin daku kongsi resepi naa...hehehehe
Ini adalah lapisan yang hendak dicantum..
ada 3 keping Kek Span, Krim Coklat, dan Coklat Ganache
Dan inilah hasilnya...tadaaa...tapi daku tak da pulak kek yang
sudah dipotong sebab cepat sangat dah habis..hahahaha...
Friday, October 24, 2014
Koleksi Tempahan Minggu Ini
Assalamua'laikum...Allah..nak update blog perlu semangat betul laa...besala bila dah penat sangat memang malas nak buat apa pun dah, apatah lagi bunaiya dah tido..mataku juga layu jaa..hehehhe...Tapi dah lama sangat tak update, jadi daku letakkan tempahan sepanjang minggu ni..
Chocolate Cake Moist
Dipesan oleh Makcik Ida jiran daku untuk makan-makan di rumah. Sebenarnya makcik taknak sebarang topping untuk kek sebab katanya pakcik kencing manis. Tapi biasala daku memang tak suka tengok kek kosong, jadi daku hanya buat topping yang amat simple ja dari serbuk koko..memang sedap sebab tak manis dan kena sangat dengan kek yang lembap..Tak sangka makcik bagitau yang hampir 3/4 kek pakcik yang habiskan..hahahaha.. Terima kasih cik..nanti order lah lagi...
Vanilla Cupcake With Cream cheese Frosting
Kek ni ditempah oleh kawan adikku, Una...Dia dah 2 kali order kek dariku. Sebelum ni dia order cupcake RV...sampai sayang nak makanla katanya..hahahaha..macam-macam. Untuk cupcake vanila ni una nak topping cream cheese. Memang gabungan yang sedap sebab tidak muak apabila dimakan.
Terima kasih una sebab sudi order lagi dari akak...maaf jika ada kekurangan ya..nanti jangan segan silu untuk order lagi...hehehe
Cracker Cheese Cake
Yang ini atas permintaan classmate zaujku, Azizah namanya.. Dia memang teringin sangat nak mencuba kek ini. Daku menggunakan salt cheese yang diterbangkan dari Sarawak. Memang rasanya berbeza dari menggunakan biskut yang terdapat di sini. Dan mendapat feedback yang memang memuaskan. By the way..terima kasih Jijah..nanti orderla lagi ya..
Sunday, October 19, 2014
Ayam Panggang Gula Apong dan Mix Herb...
Assalamua'laikum..daku doakan semua kenalan dan pembaca blog sihat. Jangan la hanya intai-intai blog saya ni, jomla follow saya untuk menambahkan kenalan dunia maya...bolehla berkenal-kenalan..hhehehe...Ok hari ini daku hendak berkongsi satu lagi resepi ayam. Disebabkan zaujku amat sukakan ayam yang dibakar, jadi daku telah memcipta satu resepi baru iaitu ayam panggang gula apong..hehehe..mesti ramai yang tertanya-tanya apa la bendanya gula apong ni kan??dia sebenarnya berasal dari sarawak, nanti di entri lain daku letakkan gula ini naa..seperti juga gula merah, gula melaka, tapi gula ini memberikan satu rasa yang lain dan rasanya lemak dan lebih kepada tekstur cecair yang likat dan pekat manakala gula melaka bertekstur pepejal. Asal usul gula apong adalah daripada pokok nipah. Di Kuching, hampir semua kedai runcit ada menjual gula apong atau disebut jugak dengan nama pendeknya GULAPONG. Kita juga boleh jadikan sebagai air gula hanya masakkan seperti masa gula-gula yang lain dan tambahkan sedikit air dan juga daun pandan...walla..wanginya memang menabjukkan...
Ok jom daku kongsikan resepi ayam ni naa..Nanti boleh mencubanya..
Resepi: Ayam Panggang Gula Apong dan Mix Herb
Sumber : princessbutterfly11
Bahan-bahan:
8 ketul Ayam (daku gunakan bahagian 'tight')
1 sb Serbuk Cili
2 sb Gula Apong
1/2 sk Garam
1 sb Serbuk Kari
1 sb Mix Herb
1 sb Serbuk lada hitam
1/2 sk Bawang Putih }dimesin
1/2 sk Bawang Merah }
1/2 sk Pasti sedap
1 sb Kicap Pekat
1 sb Kicap Lemak Manis
- Perapkan semua ayam dengan semua bahan-bahan perapan. Gaul sehingga sebati
- Untuk mendapatkan rasa yang lebih sebati, perapkan ayam semalaman
- Atau selama 3- 4 jam di dalam peti sejuk
- Keluarkan ayam dan susunkan di atas dulang pembakar
- Renjiskan dengan sedikit minyak zaitun, untuk letak mentega boleh tapi mentega cepat bagi ayam
hangus, cuma mentega lebih wangi.
- Bakar ayam selama 30 minit sehingga masak pada suhu 170c
- Ataupun boleh dibakar menggunakan periuk magik ka, apa-apa la yang ada di rumah anda.
- Ayam siap dihidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja. Tapi untuk setiap ayam bakar atau
panggang, daku mesti sediakan sosnya baru rasa lebih umphhh...hehhehe
- Caranya : Ambil bawang besar dan dipotong dadu. Tumiskan dengan sedikit minyak zaitun dan
masukkan sos perapan ayam yang lebih tadi. Masak sehingga pekat. Sos lebihan bakar ayam tadi
pun jangan di buang, masukkan sekali ke dalam adunan sos ini dan masakkan sehingga sebati dan
pekat.
- Sedia dihidangkan.
Lasagna Daging Berkrim
Assalamua'laikum..Hari ni daku akan kongsikan satu lagi resepi yang boleh dimakan bila-bila masa iaitu Lasagna Daging Berkim...Daku buatkan untuk minum petang baru-baru ni..pertama kali cuba untuk membuatnya dan hasilnya alhamdulillah menjadi dengan baik...dan yang paling penting keluarga ku suka sangat..hahahaha..
Jom tengok resepinya
Resepi: Lasagna Daging Berkrim
Sumber : San Remo
Bahan-bahan:
250 gm San Remo Instant Lasagna
2 sb Minyak
1 biji Bawang besar - dipotong dadu
1 batang Lobak Merah - dipotong dadu
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
500 gm Daging cincang
5 sb Pes tomato
2 tin Tomato dalam tin (daku guna yang biasa ja)
2 cwn Stok Ayam/ Daging
Garam , gula dan Lada Hitam secukup rasa
2 sb Mentega
2 sb tepung gandum
2 cwn Susu
125 gm Keju Mozarella @ Cheddar
Cara membuatnya:
Sos Daging :
- Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, lobak merah dan bawang putih, masak sehingga
keluar bau dan lembut.
- Masukkan daging cincang dan masak sehingga keperangan.
- Masukkan Pes tomato, tomato dalam tin ,dan stok ayam.
- Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam
- Masak selama 20 minit dan sejukkan
Cheese Sos :
- Panaskan mentega di kuali yang berasingan, dan masukkan tepung dan masak selama 2 minit.
- Tutupkan api seketika dan masukkan susu dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan semula kuali dan masakkan semula sehingga pekat dan sebati.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam
- Masukkan keju dan perlahan api sehingga keju cair.
Untuk melapis lasagna :
- Panaskan oven pada suhu 180 c.
- Mulakan dengan lapisan paling bawah sekali iaitu lasagna yang telah siap direbus macam rebus
spagetti.
- Lapisan kedua diletakkan sos daging
- Lapisan ketiga diletakkan sos keju
- Lapiskan semula dengan lasagna.
- Lapiskan sehingga habis dan sekurang-kurangnya 4 lapis.
- Akhir sekali taburkan keju dan bakar dalam oven selama 30-40 minit sehingga masak
- Selepas masak, biarkan sejuk sebelum dihidangkan
Siap dan bolehla mencuba...memang sedap sangat.. gambar selepas masak yang bertingkat-tingkat tu tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan. hehehe..tapi enak dimakan selepas disejukkan seketika sebab nanti baru dapat tekstur yang bertingkat-tingkat tu...hehehe
Friday, October 17, 2014
Pancake yang gebu dan lembut
Assalamua'laikum..minum petang hari ini daku buatkan pancake. Lama sangat tak makan, teringin..jadi bila cek semua barang ada, apalagi harus rajin dan laksanakan ja la kan...hehehhe..
Pancake ni kita boleh makan dengan macam-macam, dengan sirap maple..yang tu zaujku sangat suka..lagi boleh makan dengan mentega, madu macam-macam la ikut kesukaan kita ya..yang paling terkini boleh makan dengan soso butterscotch..memang perghhhh...sedappp...kami pun makan dengan sos butterscooth, tapi tak sempat ambil gambar dah habis dimakan oleh keluargaku..hahahaha...ok..apa tunggu lagi..jom kita tengok resepinya...ini memang resepi yang sudah lama daku gunakan untuk membuat pancake ni..sumber tak pasti dari mana..
Resepi : Pancake Gebu
Sumber : princessbutterfly11
Bahan-bahan:
250 gm Tepung gandum
10 gm Serbuk Penaik
2 biji Telur
60 gm Mentega/ marjerin - dicairkan
200 ml Susu Segar
60 gm Gula
Garam secukup rasa
1/2 sk Esen vanila
Cara membuatnya:
- Di dalam sebuah bekas, pukul telur dan gula sehingga sebati dan kembang
- Masukkan tepung, serbuk penaik, mentega, susu dan esen vanila. Kacau sehingga sebati
- Rehatkan adunan selama 10 minit
- Panaskan kuali dan sendukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam kuali menjadi bentuk bulat
- Lihat kepada adunan tadi, jika adunan sudah mengeluarkan buih-buih kecil, barula pusingkan
pancake tadi. Biarkan sehingga keperangan dan masak
- Sedia untuk dihidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja dan seperti daku nyatakan di atas.
- Selamat mencuba
Subscribe to:
Comments (Atom)






















