My Journey

Monday, October 6, 2014

Hari Lahir Zauj dan Aidiladha

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah selamat sudah majlis korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini...Di kawasan rumahku, 13 ekor lembu dikorbankan, tapi seperti biasa daku hanya tengok dari tingkap rumah ja sebab penyembelihan berlaku di atas padang permainan kawasan rumahku. Bukan apa, daku taknak tengok lembu disembelih sebab nanti mesti daku akan kesian dan sedih..huhuhu..tak baik n nanti daku tak boleh makan daging lembu yang disedekahkan nanti.hehehhe..Daku memang takut sangat dengan darah...boleh pengsan dibuatnya. Alhamdulillah tahun ni dapatla sikit daging korban sebab abah mengikut ajk masjid kawasan rumahku untuk bergotong-royang melakukan aktiviti pengagihan daging..Menu pagi raya semestinya ada Rendang Tok, Kari Ayam, Ketupat, Nasi impit, Kuah kacang dan capati..sedap sangat..semua mama yang masakkan, daku hanya buat kuah kacang ja..hehehhe..

Pada hari Aidiladha ni juga daku sambut hari lahir suamiku, yang sebetulnya hari lahir dia pada 4 okt, tapi daku sambut pada keesokkan harinya sempena hari raya dan semua ahli keluarga ada dirumah...
Kami tak buat majlis besaran, cukuplah hanya sekadar doa dan memotong sebiji kek yang daku hasilkan sendiri. Daku sememangnya takda nama khas untuk kek ni, sebab ni adalah gabungan idea yang ntah mai dari mana. hehhhe..Tapi rasa dia amat sedapppp....puji diri sendiri..sapa lagi nak puji kan??ya dak??hehhehe...Asas kek ni ada kek span colat, dilapisi dengan krim coklat, lapisan strawberi yang di jemkan, biskut jejari (yang orang selalu guna untuk buat tiramisu) yang dicelup dengan susu coklat dan golden syrup..memang walahhhh..hahahha.. untuk resepi ganache coklat dan krim coklat daku amik dari k.Ita...sedap sangat kebanyakkan resepi ganache dan krim coklat dari k.Ita..kita boleh tukar sukatan coklat dan krim mengikut kesesuaian yang kita kehendaki..daku olah mengikut seleraku...hehehe





Ok...jom kita tengok resepi gabungan pelbagai resepi yang daku olahkan..

Resepi : Kek Strawberi Jejari Coklat


Kek Span Coklat 
Bahan-bahan:

A : 4 biji Kuning Telur
      20 gm Gula Kastor

B: 4 biji Putih Telur
     100 gm Gula Kastor

C: 95 gm Tepung Kek } Di ayak
     15 gm Serbuk Koko }

D: 70 gm Mentega - dicairkan
     1 sk esen vanila

Cara-cara:
- Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
- Di dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga berbuih dengan kelajuan sederhana dan selepas itu          masukkan guka kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga bertanduk"soft peak"
- Selepas itu masukkan adunan A dan tepung secara kaup balik ke dalam adunan B.
- Akhir sekali masukkan adunan D
- Masuk dalam loyang 7 x 7" dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit atau sehingga masak


Ganache Coklat
Bahan-bahan:

250 gm Dark Chocolate
250 gm Krim Tenusu (daku guna Anchor)
1 sb Golden Sirap
1 sb Mentega
1 sk esen vanila
1 sb pes hazelnut (daku tambah)

Cara-cara:
- Panaskan krim tenusu dengan golden sirap sehingga terbit buih-buih halus. Padam 
  kan api
- Selepas itu tuangkan ke dalam periuk yang berisi coklat dan biarkan mencair.
- Tambahkan mentega dan gaulkan rata.
- Biarkan sejuk
- Kita boleh putar sehingga kental atau sejukkan dalam peti sejuk dan tuang atas kek nanti


Krim Coklat
Bahan-bahan:

180 gm ganache coklat (di ambil dari adunan di atas)
150 ml krim putar bukan tenusu (daku guna vivo)

Cara-cara:
- Putar krim bukan tenusu sehingga kental
- Masukkan ke dalam ganache coklat dan gaul sehingga sebati
- Boleh disejukkan di dalam peti sejuk

Jem Strawberi
Bahan-bahan:

10 Biji strawberi
2 sb air 
2 sb jem strawberi

Cara-cara:
- Potong strawberi berbentuk kiub
- Masukkan ke dalam periuk dan diikuti dengan air dan jem strawberi
- Biar sehingga mendidih dan tutup air
- Jangan sehingga strawberi terlalu lembik
- Toskan airnya hanya gunakan isinya sahaja

Cara Melapis Kek:

- Kek Span dipotong 2 bahagian
- Letakkan jem strawberi
- Lapis dengan krim coklat
- Diletakkan pula jejari yang dicelup dengan susu + coklat emulco + golden sirap
- Susun jejari mengikut kesukaan kita
- Selepas itu dilapis semula dengan krim coklat 
- Dan baru diletakkan kek span yang seterusnya (jika inginkan kek yang tinggi, gandakan adunan     
   kek)
- Selepas itu sapukan krim coklat pada seluruh kek dan sejukkan selama beberapa jam
- Akhir sekali keluarkan kek dan sirapkan dengan ganache coklat.
- Hiaskan mengikut kesukaan kita..





Selamat mencuba...
Ok...setakat ini saja entri yang ku tulis pada hari ini..ada masa akan ku "update " lagi...daaaa...

No comments:

Post a Comment