Tapi alhamdulillah...mereka sekeluarga memang seronok sangat sebab kek memang sangat sedap disamping hiasan kek yang memang adik suka sangat..hehehhe..terima kasih banyak cik..
Resepi ini daku ambil dari Joy Of Baking...Tapi telah diubahsuai mengikut citarasaku..Jadi boleh cuba ikut selera masing-masing naa..Sememangnya banyak sangat resepi kek coklat di luar sana..jadi kita boleh membuatnya mengikut kehendak dan citarasa tekak kita...
Resepi : VanHouten Moist Chocolate Cake
Sumber : Joy Of Baking
Saiz :7x7
Bahan-bahan:

400 gm Gula Kaster*
245 gm Tepung Kek*
75 gm Serbuk Koko VanHouten*
11/2 sk Baking Powder*
11/2 sk Soda Bikarbonat*
1/2 sk Garam
2 Biji Telur saiz A
1 cawan Susu Segar
1 cawan Air Kopi @ Air Panas
120 ml Miyak Jagung
11/2 sk Esen Vanila
Cara-caranya:
- Satukan semua barang kering * dalam satu bekas yang berasingan dan gaul sebati
- Selepas itu dalam bekas yang lain adunkan barang basah sehingga bergaul mesra.
- Tidak perlu menggunakan mesin pengadun, hanya gunakan whisk sahaja.
- Selepas itu campurkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaulkan adunan sehingga tidak berketul.
- Alaskan dulang pembakar dan masukkan adunan ke dalam bekas pembakar dan bakar pada suhu 170c selama 45 atau sehingga masak.
Coklat Ganache (daku menggunakan resepi dari Kak Ita seperti biasa)
Kek ini rasanya sangat sedap dan moist, ditambah penggunaan coklat yang berkualiti ..Cubalah..
Di lain cari saya kongsikan resepi Cream Puff pulak naa...hehehe
Ini pula tempahan Cream Puff inti Krim Kastard..Lembut dan sedap gabunagan keduanya..


