Assalamua'laikum...selamat pagi semua..
Alhamdulillah masih lagi di beri nafas untuk kita meneruskan hidup di muka bumi ALLAH SWT ini...saya sebenarnya nak berkongsi menu berbuka pada hari sabtu ni..tapi gambar baru dapat upload hari ni sebab tak sempat..kelmarin sibuk siapkan tempahan kuih raya untuk yang nak ambil hari ni...Alhamdulillah rezeki..memang setiap tahun raya saya akan mengambil tempahan tapi ikut kemampuan la...saya sorang ja yang buat selain kerja lagi..tapi Alhamdulillah suami rajin juga membantu dengan kerja mengemas, packing, beli barang..heheheheh...(kemas keja laki aku nih)..hehehe..
Ok merapu ja la saya ni..ok2 kita sambung cerita menu berbuka pada hari sabtu baru2 ni. Saya dah memang niat nak makan nasi ayam tapi nak beli macam malas ja baik masak sendiri kan. Alang2 memang ada 2 peha ayam yang besar, saya pun perap la ikut menu ni dan telah di olah oleh saya..heheheh (memandai ja kan olah resepi orang..sebab saya tak suka makanan yang agak kering, mesti ada sup dan kuah apa2)..Sebebnarnya saya suka stalker blog kak ita ni, tumpang kongsi ya kak. macam-macam resepi yang dia buat dan cantik-cantik belaka.heheheh..saya memang suka memasak dan memasak, tapi tak rajin nak ambil gambar sebab hanya ada kamera HP ja..hehehe..tapi kak ita rajin sangat ngan tangkap gmbar lagi, upload lagi..hahahah..gambar nasi ayam saya ni pun, suami saya yang tangkapkan, dengan penuh gaya dia mengambil gambar.hahahah..Ok jom kita kongsi resepi nya ya, maaf saya tak pandai memberi anggaran sebab saya jenis main campak ja, tapi sedap boleh makan hahahah..kalau nak resepi boleh ke blog kak ita.

Oleh : princessbutterfly11
Resepi : Nasi Ayam Ramadan
Untuk Resepi Nasi Ayam Ramadan ni :
Bahan2 untuk ayam:
2 ketul paha ayam
Setengah inci kunyit hidup-kisar
Setengah inci halia-kisar
Beberapa biji lada hitam-kisar
Kicap cair
Cili Merah-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
Madu/ gula (ikut kesukaan)
Garam
Mentega
Lobak merah
Kentang
Cara2:
1- Ayam dibersihkan dan ditos. Masukkan kan kicap cair, garam , gula/madu.
2- Masukkan bahan kisar dan gaul hingga sebati, perapkan selama beberapa jam, lagi lama lagi bagus.
3- Ok, selepas tu keluarkan ayam yang diperap tadi dan sedia untuk dibakar.
4- Susunkan ayam di atas pinggang dan letakkan sedikit mentega (Saya suka bakar ayam guna mentega sebab sangat wangi), bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
5- Apabila telah masak keluarkan ayam dan potong mengikut kehendak masing-masing, rencang yang keluar dari ayam semasa dibakar tadi jangan dibuang. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu, dan masukkan rencanh ayam tadi dan biar sehingga pekat. Sedia di hidangkan bersama ayam tadi.
6- Saya hidangkan Ayam Ramadan ni dengan nasi ayam yang dimasak serta Puding Jagung Jelly Cocktail. selamat mencuba..
Sedapkan tengok puding jelly ni, saya tukar nama dia ikut sendiri dan gantikan jelly strawberry tu dengan jelly anggur. Bukan apa jelly tak da di rumah, saya minta suami belikan, dia kata ni ja yang ada, saya pun ok la janji ada hahahahaa..cuma warna tak terang sangat la..suami saya memang suka sangat makan sampai ke sahur dia ulang makan lagi sebab saya letak dalam bekas kecik-kecik pula. Kalau nak resepi yang sebenar boleh kunjung ke blog kak ita. heheheheheh...